fbpx

Hairul Azreen Dedah Hanis Zalikha Jarang Datang Set Penggambaran

Usia perkahwinan mereka sudah pun mencecah lima tahun, pelakon Hairul Azreen mendedahkan isterinya yang juga pelakon Hanis Zalikha jarang melihatnya bekerja di set penggambaran.

Hairul berkata sejak mereka berkahwin hanya empat kali sahaja isterinya datang menjenguknya di lokasi untuk memberikan semangat. Katanya, isterinya segan untuk datang melihatnya di set penggambaran.

BACA: Mural Siling Tandas Dikritik, Hanis Zalikha Padam Komen Netizen

“Ada orang datang set kita la, sepanjang kami couple dan selepas hidup bersama wife saya tak pernah datang tengok saya shooting sebab kami berdua segan.

“Tetapi set shooting Paskal adalah set kali pertama Hanis datang tengok saya belakon sebab saya cakap saya bangga buat cerita ni, kali kedua dia datang set filem Wira dan buat kejutan sebab masa tu birthday saya.

“Kali ketiga di set filem Pasal Kau, masa tu sy tembam. Semalam dia datang di set Ada Hantu!! Saya sebagai pengarah,” katanya.

Memuat naik gambar bersama Hanis di lokasi penggambaran, Hairul berkata dia isterinya lebih selesa untuk datang ke lokasi penggambaran penerbit dan pengarah Adrian Teh walaupun menolak berlakon dalm filem tersebut.

“Isteri saya cakap dia selesa datang set Adrian Teh walaupun dia tak nak belakon dalam cerita ni. Puas saya pujuk, terima kasih susah-susah datang sejauh ni. Love you Hanis Zalikha,” katanya.