Berdepan episod putus tunang hujung tahun lalu, pelakon Hafreez Adam mengakui perpisahnnya dengan bekas tunang, Zara Zya mungkin berpunca daripada dari sikapnya.
Sudah sepenuhnya move on dari kisah percintaan lalu, Hafreez berkata sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, dia banyak bermuhasabah diri akan kesilapannya.
BACA: Hafreez Adam Pernah Alami Tekanan Mental, Cederakan Diri
“Sepanjang tempoh PKP tempoh hari, saya banyak muhasabah diri. Senang cerita dalam tempoh itu saya mula kenal siapa diri saya. Antara kesilapan lalu yang saya lihat pada diri bagaimana saya pandang enteng soal komunikasi.
“Saya selalu memendam rasa dan selalu beranggapan semua perkara itu kecil dan tidak perlu diluahkan. Walhal bila kita terlepas pandang perkara itu ia akan memberi kesan kepada hubungan itu sendiri,” katanya kepada Utusan Online.
Masih selesa tanpa kehadiran kekasih, Hafreez berkata dia tidak serik untuk kembali bercinta namun buat masa ini dia mahu memberi tumpuan kepada keluarganya terlebih dahulu.
“Tempoh sekarang saya tidak mencari, tetapi tidaklah serik untuk kembali dalam hubungan. Cuma dalam tempoh sekarang memang masa saya ke tempat kerja dan di rumah. Jadi tidak sempat bertemu orang.
“Antara ciri-ciri wanita yang saya perlukan adalah seorang yang ceria selain berfikiran terbuka. Sebab apabila berada dalam industri ini kita memerlukan seseorang yang memahami pekerjaan sebagai seorang pelakon,” katanya.