fbpx

Hafreez Adam Pernah Alami Tekanan Mental, Cederakan Diri

Meskipun bergelar selebriti, namun mereka juga manusia biasa yang kita tidak tahu perkara suka duka yang pernah dialami oleh mereka. Baru-baru ini, pelakon Hafreez Adam membuat pengakuan mengejut dimana dia pernah mengalami tekanan mental.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menurut Hafreez, sejak kecil dia berhadapan beberapa isu mengecewakan dalam hidup yang dipendam sendiri dan tidak dikongsi dengan sesiapa termasuk ibunya. Hazfree berkata dia hanya bersekolah hingga darjah enam sahaja kerana masalah keluarga.

BACA: Buka Gerai Tambah Pendapatan, Hafreez Adam Rela Disindir

“Saya membesar dalam keluarga ibu bapa yang berpisah. Malah, saya bersekolah hingga darjah enam sahaja. Jadi, apabila meningkat remaja timbul perasaan memberontak dalam diri.

“Saya kecewa kerana terlalu memikirkan diri seorang yang gagal kerana tiada pelajaran. Saya tidak bersekolah ketika itu bukan kerana malas tetapi berhadapan dengan masalah keluarga,” katanya kepada Harian Metro.

Ujarnya, akibat terlalu memendam rasa dan berahsia segala masalah dihadapi sendirian, akhirnya memakan diri hingga dia bertindak mencederakan diri sendiri. Namun, dia meluahkan rasa syukur kerana berjaya bangkit dari kisah hitam itu.

“Saya sanggup mencederakan diri pada 2013 kerana tak tahan berhadapan pelbagai tekanan. Sukar untuk saya ungkapkan apa masalahnya tetapi ia sangat memberi tekanan dan mengganggu mental.

“Pun begitu, saya rasa syukur dan bertuah kerana ada beberapa rakan membantu dengan memberi kata-kata semangat. Saya dapat bangkit dan menjalani kehidupan yang baik,” katanya.

https://twitter.com/HafreezAdam/status/1260340740103630850

Menerusi perkongsian di Twitter, Hafreez ada memuat naik satu pautan kepada penulisan blog yang ditulisnya 7 tahun lalu yang dipenuhi dengan kisah kehidupan gelapnya suatu ketika dahulu.

Dalam penulisan itu, Hafreez pernah menoreh lengannya berkali-kali dan mengatakan segala kesakitannya hilang apabila melihat darah yang mengalir dari lukanya itu. Malah, pelakon itu pernah membotakkan kepalanya kerana berasa marah.

“Sekuat mana pun kita. Akan ada satu ketika. Kita akan rebah. Aku tak keruan. Aku membotakkan separuh kepala kerana marah… depresi? Entahlah. Aku tak berani guna perkataan depresi tu sebenarnya sebab aku tak tahu apa yang sedang berlaku.

“Tapi itu benda pertama aku buat. Selepas beberapa hari aku mula mencederakan diri sendiri. Ya, aku toreh tangan aku! Perlahan-lahan. Mula daripada kecil kemudian semakin besar dan dalam. Sampailah lengan aku penuh parut.

“Apa yang aku tahu, itu caranya untuk rasa lega. Untuk keluarkan apa yang aku rasa masa tu. Bila darah mengalir keluar, itulah rasanya hilang semua kesakitan. Apa yang aku fikirkan? Aku akui itu buat aku rasa lega,” tulisnya di dalam blog terdahulu.

Kata Hafreez lagi, selepas kejadian itu dia terpaksa menyembunyikannya daripada pengetahuan rakan serumahnya dengan memakai baju berlengan panjang setiap hari. Ujarnya tiada siapa tahu tentang tindakannya itu.

“Tak ada seorang pun housemates aku tahu yang I was in deep shit masa mula-mula tu. Dan aku pandai sorok juga. hari-hari pakai baju lengan panjang/hoodies. Tapi Aiman, Hairie dan Haziqah selamatkan aku. Tolong aku berdiri balik,” katanya.

Dalam pada itu, Hafree meminta agar segala yang dicoretkannya itu dijadikan iktibar oleh para pembaca dengan tindakannya itu. Diharap semunya baik-baik sahaja untuk Hafreez.