fbpx

Hafreez Adam Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Wanita

Menerusi satu perkongsian di Instagram baru-baru ini, pelakon Hafreez Adam membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia pernah menjadi mangsa gangguan seksual wanita.

Menurut Hafreez kejadian itu berlaku di lokasi penggambaran dimana wanita berkenaan suka memegang dada dan punggungnya.

BACA: Hafreez Adam Impikan Wanita Yang Ceria, Berfikiran Terbuka

Katanya lagi, dia terkejut dengan tindakan wanita berkenaan dan bertindak memarahinya. Namun, meskipun sudah ditegur berkali-kalu namun wanita tersebut memberi alasan bergurau.

“Benda ni pernah jadi pada Abe dekat set shooting. Ada satu perempuan ni (but abang-abanglah). Suka grab my ass and chest.

“Mula-mula Abe macam terkejut. Abe cakap ‘kepala otak kau’. Then dia gelak. Abe pernah cakap ‘Janganlah, aku tak suka’, tapi dia buat juga sebab pada dia hanya gurauan,” katanya.

Lebih memalukan, Hafrezz berkata wanita itu turut melakkan perkara sedemikian di tempat awam ketika menjalani penggambaran di pusat membeli-belah.

Dalam pada itu, Hafreez turut meluahkan rasa kesal kerana isu gangguan seksual terhadap lelaki sering dipandang ringan, tetapi jika berlaku sebaliknya teruk lelaki dihentam.

“Kalau perempuan buat, tidak mengapa sebab dianggap gurauan. Tetapi kalau lelaki yang buat, laju saja kena kecam. Jika lelaki bercakap isu ini, orang pandang serong,” katanya.