fbpx

Hafiz Suip Serik Bercinta Dan Mahu Kahwin Terus

Pengalaman cinta sebelum ini membuatkan jejaka yang berasal dari Sarawak, Hafiz Suip telah nekad untuk berkahwin terus sekiranya mempunyai jodoh. Dia yang menjadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran buatnya tidak mahu lagi ‘pisang berbuah dua kali’.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

“Saya seperti biasa sahaja buat masa sekarang ini, masih sibuk dengan aktiviti nyanyian saya & lebih fokus kepada karier daripada soal peribadi. Saya lebih selesa sekarang ini dari menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Sekiranya mempunyai jodoh saya ingin terus berkahwin”

Percintaannya yang sebelum ini menemui kegagalan dan menganggap bahawa dia tiada jodoh dan kini lebih bersifat terbuka dan professional dalam menempuh kehidupan seharian.

“Saya sekarang ini lebih terbuka dan saya tidak ada masalah dengan dia dan yang lepas itu kita kira lepaslah dan sekarang saya lebih professional,” katanya.

Turut menjelaskan mengenai gambar bersama Adira AF baru-baru ini yang dimuatkan ke dalam laman sosial & ianya menjadi perbualan hangat di kalangan peminat peminat tempatan.

“Gambar itu hanyalah sekadar gambar, tidak salah sekiranya saya bergambar dengannya dan tidak salah juga untuk saya bergambar bersama-sama artis lain dan apa yang saya ingin tegaskan di sini itu adalah hanya sekadar gambar,” katanya.

Sementara itu, Hafiz Suip turut layak ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku. (rtky/hfz)