fbpx

Hafiz Suip Monopoli Anugerah Juara Lagu Ke 28 (AJL 28)

Berakhir sudah debaran ramai untuk mengetahui lagu manakah yang bakal bergelar juara pada Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28). Hafiz Suip boleh kami katakan menjadi perhatian ramai dengan kemenangan berganda beliau.

Lagu dendangan jejaka ini, Bahagiamu Deritaku yang dicipta oleh LY dan Baiduri telah berjaya dinobatkan sebagai juara lagu AJL 28 yang membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000.

Selain bergelar juara lagu, Hafiz Suip melalui lagu yang sama telah berjaya merangkul gelaran Persembahan Terbaik untuk Anugerah Juara Lagu ke 28 selain Anugerah Juara Mobile yang dibawakan oleh Xpax Celcom.

Naib juara jatuh kepada lagu Hanya Aku dendangan Hyper Act yang mereka ciptakan bersama Frozen. Tempat ketiga pula dibawa pulang oleh lagu Kalau Aku Kaya dendangan Altimet dan Awi Rafael. Mereka masing masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi.

Vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) pula dimenangi oleh Jaclyn Victor menerusi lagu Ikut Rentakku. Tahniah buat semua pemenang, malam yang hebat! (rtky/eka)