fbpx

Hafiz Suip Akui Putus Cinta

Nampaknya nasib baik tidak menyebelahi Hafiz Suip sekali lagi dalam arena percintaan apabila penyanyi ini sendiri mengakui hubungan bersama seorang teman lama telah berakhir.

Hafiz Suip yang sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi Adira AF, mula kelihatan semakin mesra dengan seorang penuntut sebuah universiti yang berasal dari Sarawak sejak awal tahun ini selepas hubungan mereka berdua mendapat restu keluarga.

Namun, penyanyi yang tercalon di MTV European Music Awards 2013 ini enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka dan cukup dengan mengatakan ianya atas sebab peribadi.

“Saya anggap semua ini berbalik kepada takdir. Siapa kami untuk menolak ketentuan-Nya?”

“Memang antara saya dengan dia sudah tiada apa apa, tetapi saya amat menghormati diri dan keluarganya. Jadi, kurang elok andai saya bercerita lebih lanjut mengenai kami. Cukuplah kalau saya katakan, hubungan kami sudah berkahir atas sebab peribadi,” jelasnya.