fbpx

Hafiz Mahamad Minta Maaf, Video Cium Hajar Aswad Untuk Kenangan

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad akhirnya memuat naik video permohonan maaf di Instagram selepas tular video berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad.

Menerusi video itu, Hafiz menjelaskan tujuan berkongsikan video itu adalah sebagai kenangan buat pasukannya dan menurutnya ramai ustaz telah menghubunginya dan memberikan padangan berbeza mengenai video itu.

BACA: “Hukum Cium Hajar Aswad Haram Jika Membahayakan” – Dr Zulkifli

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

“Sebenarnya video itu adalah bila saya share, dia ada satu kenangan untuk team team saya. Saya tak tahu, mereka ini satu hari nanti bila mereka senang, saya tak tahu sama ada diri ini dilupakan atau tidak..

“Jadi, bila mereka lupakan saya satu hari nanti, saya harap video itulah, kenangan itulah menjadi asbab yang mana mereka akan tengok, wujud rasa rindu  dan sayang pada saya, isteri dan syarikat ini.

“Dan satu hari nanti juga bila mereka tengok video itu wujud satu keberanian untuk bawa staf datang sini, bimbing mereka dan dapat buat perkara-perkara ini. Itu niat awal saya,”katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata dia membuat keputusan untuk memadam video tersebut kerana tidak mahu timbul pertelagahan dia media sosial serta mendoakan semua agar dapat jejakkan kaki ke sana dengan keberanian.

“Saya ambil keputusan padam kerana nak jaga keharmonian di lama sosial saya. Saya tak nak ulas panjang kerana saya hamba Allah yang lemah.

“Janganlah bergaduh, saya doakan awak semua sampai ke sini dengan keberanian. Saya tak marah, saya faham pandangan awak berbeza. Saya faham keadaan itu,” katanya.