fbpx

Hafiz Hamidun Tegur Fathia Latiff Pula

Kebelakangan ini rajin Hafiz Hamidun menegur isu sekitar yang berlaku. Terbaru Hafiz menegur Fathia Latiff pula kerana menganggap tindakan provokasi meminta pelakon, Iqram Dinzly membunuh diri sebagai keterlaluan.

BACA: Hafiz Hamidun Tegur Penampilan Faiz Roslan

Dalam teguran yang dimuat naik di Twitter, Hafiz merasakan kenyataan Fathia itu tidak kelakar jika ianya berniat gurauan. Jelasnya, tindakan Fathia itu boleh mengundang kejadian sebenar kerana masalah depresi yang dialami.

Malah, Hafiz juga sempat bertanya Fathia, andai betul kejadian itu berlaku, adakah beliau berasa puas dengan provokasi yang dibuat. Kenyataan Hafiz itu turut mendapat sokongan ramai dan menganggap Fathia tidak mempunyai kesedaran tentang bahaya depresi.

Sebagai orang Islam, bunuh diri itu haram. Jadi tidak perlulah membuat provokasi seumpama itu, apalagi jika seseorang itu mengalami tekanan perasaan. Jangan rasa bersalah pula nanti jika ia benar-benar berlaku. (rtky/w)