fbpx

Hafiz Hamidun Tak Fobia Untuk Kahwin Lagi

Penyanyi nasyid dan komposer Hafiz Hamidun berkata dia tidak fobia untuk berkahwin lagi meskipun berdepan kegagalan rumah tangga sebelum ini.

Memetik Astro Gempak, Hafiz berkata ada netizen masih menganggap kes perceraiannya itu sesuatu yang baru sedangkan ianya sudah tujuh tahun berlalu.

BACA: “Wajah Saya Kini Jadi Buruan Di Indonesia…Sampai Janji Ajak Kahwin”

“Kalau nak kata saya fobia, sebenarnya tidak sama sekali. Namun orang mashi anggap perkara itu baru saja berlaku, walaupun sebenarnya ia sudah pun 7 tahun berlalu,” katanya.

Sementara itu, Hafiz juga berharap netizen tidak mengungkit lagi mengenai perkahwinan lalunya apatah lagi bekas isterinya, Joy Revfa sudah pun berkahwin dengan pilihan hatinya.

“Alhamdulillah saya lihat sekarang ini bekas isteri saya pun dah berumah tangga dengan pilihannya. Saya harap perkara itu tidak lagi menjadi isu,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berkata dia tidak menolak jika diberi peluang untuk berkahwin sekali lagi namun buat masa ini dia mahu fokus pada keluarga.

“Kalau ada rezeki untuk berkahwin lagi, saya akan berkahwin. Buat masa ini, saya hanya fokus kepada keluarga saya. Anak saya Hamdee pun tak pernah bertanyakan hal itu,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak