fbpx

Hafiz Hamidun Kurang Setuju Garis Panduan JAKIM

Penyanyi nasyid terkenal, Hafiz Hamidun meluahkan pendapatnya yang kurang bersetuju dengan garis panduan yang ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung pengasingan di antara lelaki dan wanita dalam acara hiburan.

Menurut Hafiz, banyak perkara yang perlu diambil kira berhubung dengan garis panduan itu kerana ia melibatkan banyak pihak dan seharusnya melalui proses percubaan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya terus.

“Akan tetapi, ini tidak bermakna saya menentang atau tidak bersetuju 100 peratus. Saya masih hormati dan percaya bahawa ada jalan penyelesaian berhubung dengan isu ini”

“Namun, saya sangat terbuka untuk menyertai mana-mana perbincangan seperti mana yang dimaklumkan kepada saya sebaik sahaja isu garis panduan ini mendapat perhatian,” jelas Hafiz yang yakin bahawa masyarakat negara ini yang masih tahu membezakan antara perkara baik dan buruk serta mampu mengawal diri mereka dalam berhibur.

Malah, katanya lagi, agama Islam sendiri tidak pernah menghalang umatnya untuk berhibur asalkan tidak melalaikan dan tahu akan batas-batas agama yang perlu dijaga. (rtky/s)