fbpx

Hafiz Hamidun Hasrat Mahu Kahwin Tahun Ini

Boleh dikatakan hampir setiap tahun penyanyi Hafiz Hamidun menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga dan baru-baru ini melalui mStar Online, dia sudah pun menjelaskan hasratnya untuk berkahwin dengan kekasihnya yang juga merupakan seorang model, Adiela Ridzuan.

BACA: Dedah Kisah Cinta, Hafiz Hamidun Nafi Mahu Cari Perhatian

“Setakat ini saya dan Adiela ada juga bercakap tentang perkahwinan dan saya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada tahun ini. Jadi saya akan tunggu jawapan dan respons di sebelah pihak sana dan biarkan mereka menetapkan tarikh”

“Apa-apapun, buat masa ini saya mahu ibu bapa kami berkenalan dulu. Bukannya merisik. Sekadar untuk berborak biasa untuk mendapatkan keserasian,” jelasnya. Malah Hafiz dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa kehidupan bercinta dengan artis adalah berbeza.

“Saya ada cakap dengan dia, bercinta dengan artis ni lain sikit. Tambahan pula saya mempunyai hubungan baik dengan media, saya suka berkongsi segala hal tidak kira kerja atau peribadi”

“Biasanya apabila hal peribadi ni orang yang bukan selebriti tidak gemar untuk berkongsi cerita, Alhamdulillah, mujurlah dia faham dan mula menerima apabila kisah kami didedahkan,” katanya. (rtky/s)