fbpx

Hafiz Hamidun Harap Orang Lupakan Kisah Dengan Bekas Isteri

Pernah gagal dalam perkahwinan sebelum tidak membuatkan Hafiz Hamidun serik untuk mendirikan rumah tangga lagi. Pun begitu menurut Hafiz, beliau kini harus lebih berhati-hati memilih pasangan untuk berkahwin.

BACA: Hafiz Hamidun Masih Elak Bertembung Dengan Joy Revfa

“Mungkin selepas ini saya akan menjadi lebih berhati-hati dalam memilih pasangan. Tidak bererti sebelum ini tak berhati-hati tetapi ia terjadi juga sebab ia pengalaman pertama. Jadi saya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran”

“Siapa dahulu yang jumpa jodoh, itu bukan masalah bagi saya. Kalau dia sudah bertemu jodoh baguslah, alhamdulillah. Kalau itu yang terbaik untuk dia, sialakan. Sebab saya pun tak mahu dia selama-lamanya tiada jodoh”

“Berbanding dengan apa yang kita lalui, mungkin jalannya kali ini lebih mudah untuk dia. Saya cuma harap orang boleh lupakan kisah saya dan dia,” katanya kepada m Star Online mengenai kegagalan perkahwinan sebelum ini.

Bagaimanapun Hafiz berharap orang ramai dapat melupakan episod pergolakkan rumah tangga mereka sebelum ini agar mereka dapat meneruskan kehidupan masing-masing. Terdahulu Hafiz pernah berkahwin dengan Joy Revfa.

Namun perkahwinan yang dibina hanya bertahan selama lima bulan sebelum mereka memutuskan untuk bercerai. Kemelut mula tercetus apabila Hafiz berasa ragu-ragu dengan status Joy apabila beliau gagal menyerahkan sijil penceraian perkahwinannya sebelum ini. (rtky/w)