Kesal dengan sikap sambil lewa Joy Revfa berhubung dengan permohonan faraq nikah (perpisahan sementara) yang difailkan wanita itu di mahkamah, Hafiz Hamidun memberi amaran kepada Joy supaya bersikap lebih serius untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka. Malah sikapnya itu turut mencetuskan pelbagai masalah lain.

BACA: Imam Besar Tegur Tindakan Hafiz Hamidun


“Ikutkan perkara ini boleh diselesaikan secara baik, tetapi bila pihak dia meneruskan permohonan ini di mahkamah dan buat sidang akhbar saya akur. Sebab itu saya beri amaran kepada dirinya agar tidak main-main”

“Tidak ada perkara yang mahu diselindungkan, bagi saya masyarakat sendiri juga sudah sedia maklum apa yang berlaku. Dalam masa yang juga masyarakat boleh belajar mengenai isu syariah ini. Jadi kalau mahu ambil tahu ambil tahu dengan telus,” jelasnya kepada Utusan Online.

Menyedari pergolakan rumah tangganya sudah menjadi perhatian umum, Hafiz memilih untuk berdiam diri dan hanya berbicara secara terbuka di mahkamah. Bagaimanapun penyanyi itu percaya segala kesulitan yang terjadi terhadapnya sekarang pasti punya hikmah yang menanti.


Namun dalam satu kenyataan media, Joy tetap mempertahankan kenyataannya sebelum ini dan berpendirian perkahwinan antara beliau dan Hafiz adalah sah. Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menangguhkan permohonan faraq nikah difailkan dan menetapkan 9 November depan untuk sebutan semula kes tersebut. (rtky/w)