fbpx

Hafidz Roshdi Timang Anak Kedua, Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada pelakon Hafidz Roshdi dan isteri Nurul Shuhada Mat Shukri yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka hari ini. Berita gembira itu dikongsikan oleh Hafidz menerusi Instagram sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Hafidz turut memuat naik gambar menggendong cahaya mata lelakinya. Lebih manis, anak keduanya itu berkongsi tarikh dengan anak sulungnya yang lahir pada 9 September 2017.

BACA: Hafidz Roshdi, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

Hafidz turut berkongsikan gambar dengan posisi sama ketika anak sulungnya iaitu Humairah dilahirkan tiga tahun lalu. Dalam pada itu, Hafidz meluahkan rasa syukur kini hidup mereka sudah lengkap apabila dikurniakan sepasang cahaya mata.

Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan umah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan anak sulung pada 9 September 2017.