fbpx

Hafidz Roshdi, Isteri Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kepada pelakon Hafidz Roshdi dan juga isterinya, Nurul Shuhada kerana telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka dengan berat 2.7 kilogram pada Sabtu, jam 11.30 pagi di sebuah pusat perubatan di Klang.

BACA: Hafidz Roshdi Perli Peminat Tegur Tak Bertempat

“Alhamdulillah, kedua-dua ibu dan anak sihat. Saya sangat terharu dan tidak sangka sudah bergelar bapa pada usia masih muda. Saya terima anugerah ini sebagai rezeki dan tanggungjawab daripada Allah untuk dilaksanakan dengan sebaik mungkin,” kongsinya kepada BH Online.

Tambah Hafidz, buat masa ini dia belum bersedia untuk berkongsikan nama anak perempuannya itu namun akan berbuat demikian apabila bersedia kelak.

Selain itu, Hafidz yang berkongsikan perkara tersebut di Instagram turut mendapat ucapan tahniah dan doa daripada peminatnya di laman sosial tersebut. Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama ini akan memeriahkan lagi Hafidz sekeluarga. (rtky/s)