fbpx

Hafidz Roshdi Bakal Timang Cahaya Mata?

Walaupun masih berada dalam fasa bulan madu selepas berkahwin kira-kira lapan bulan lalu, Hafidz Roshdi kini dikatakan bakal menimang bayi pertama mereka tidak lama lagi. Menerusi gambar dimuat naik di Instagram, Hafidz seolah memberi bayangan bahawa isterinya kini hamil.

BACA: Sekitar Resepsi Perkahwinan Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada

“Belum lagi check namun isteri ada juga dalam dua ke tiga hari ini muntah-muntah. InsyaAllah doakan yang baik-baik ya,” katanya kepada Media Hiburan mengenai berita kehamilan isterinya.

Walupun masih belum mendapat kepastian, ramai membanjiri ruangan komen pelakon itu dengan doa supaya pasangan ini cepat menimang cahaya mata. Sebelum ini, Hafidz pernah menyatakan hasratnya kepada umum untuk mempunyai empat orang cahaya mata jika diberikan rezeki.

Apapun, jika sudah membuat pemeriksaan cepat-cepatlah berkongsikan berita gembira tersebut. Pasti ramai yang tidak sabar melihat Hafidz dan isteri menimang cahaya mata pertama mereka. (rkty/w)