Pelakon Hafidz Roshdi menegur bekas isterinya, Nurul Shuhada apabila menggunakan foto lama mereka ketika masih bersama.
Menerusi perkongsian di Instagram, Hafidz turut meminta Shuhada munakar gambar berkenaan atau memadam foto tersebut sebelum dia mengambil tindakan.
BACA: 9 Bulan Tak Masak Sambal Sotong, Shuhada Takut Menangis Teringat Hafidz Roshdi
“Hari ini saya dapat tahu ada orang guna gambar saya untuk promote barang dia. Tak tahulah nak promote untuk tujuan apa.
“Macam dah tak ada originaliti, tak ada gambar lain. Saya rasa boleh delete, tukar dengan gambar lain sebelum saya ambil tindakan sewajarnyalah,” kata.
Difahamkan, Shuhada ada berkongsikan gambar didukung oleh seorang lelaki dipercayai Hafidz Roshdi bagi mempromosikan produk kurus.
Namun, wajah lelaki dalam perkongsian itu ditutup dengan emoji. Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati Shuhada telah pun memadam perkongsian berkenaan.