fbpx

Meskipun sudah sah bercerai, namun kes pelakon Hafidz Roshdi yang didakwa mencederakan bekas isterinya, Nurul Shuhada masih lagi dalam perbicaraan.

Baru-baru ini, Shuhada dilihat ada memuat naik video di Insta Storu memaparkan dia sedang memasak hidangan sambal sotong.

BACA: Dituduh Sengaja Gugurkan Kandungan, Shuhada Nekad Saman Pemfitnah

Namun, apa yang menjadi perhatian, Shuhada berkata lepas sembilan bulan baru dia boleh memasak hidangan tersebut.

Kata Shuhada lagi, dia bimbang akan menangis ketika menyediakan lauk kegemaran bekas suaminya itu. Namun, dia kini kembali masak hidangan tersebut tanpa rasa sedih.

“Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini (sambal sotong) kerana ini adalah makanan kegemaran dia (Haifdz) yang saya masak.

“Bukan apa, takut nanti kalau saya masak ada perisa air mata pula.  Sekarang, kalau awak semua nak suruh saya masak katering sambal sotong pun boleh,” tulisnya.

Dalam pada itu, Shuhada berkata dia kini dalam fasa baru kehidupannya serta turut menitipkan pesanan supaya mengejar cinta Allah berbanding manusia.

“Bukan mahu cakap besar dan move on ke apa, tapi nak bagitahu yang Allah Maha Hebat. Dia maha membolak balikkan hati manusia.

“Hari ini awak sayang dia, esok belum tentu lagi. So, tak perlu nak kejar cinta you yu coiii.  Let’s kejar cinta Allah,” tulisnya.