Pelakon Hafidz Roshdi mendedahkan dia mengalami masalah mental iaitu Bipolar atau perubahan emosi melampau sejak tiga tahun lalu.
Memetik Harian Metro, Hafidz berkata dia masih lagi mendapatkan rawatan berkala di Hospital Shah Alam berikutan masalah kesihatan mental dialaminya itu.
BACA: Shuhada Doakan Hafidz Roshdi Bahagia Dengan Wanita Pilihan
“Saya perlu dapatkan rawatan dan preskripsi ubat, selain perlu periksa kestabilan hormon setiap masa. Keadaan kesihatan mental saya okey, alhamdulillah stabil.
“Aktiviti seni masih berlangsung seperti biasa. Ada tawaran yang masuk tetapi kebanyakannya masa tidak mengizinkan,” katanya.
Sementara itu, Hafidz berkata dia tidak berdepan masalah untuk menerima menerima tawaran sekiranya ada pihak yang menawarkan berlakon pada masa ini.
Dalam pada itu, Hafidz berkata dia menyerahkan kepada Tuhan berkenaan kes dakwaan memukul dan mencederakan bekas isteri, Nurul Shuhada.
“Saya serahkan semuanya kepada yang Esa dan semoga keputusannya yang baik-baik sahaja,” katanya.
Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.