Pelakon Hafidz Roshdi menafikan dakwaan dia culas membayar nafkah buat dua anaknya, Umar dan Humairah seperti yang didakwa bekas isterinya, Nurul Shuhada .
Memetik Kosmo, Hafidz berkata dia tidak pernah terlepas membayar nafkah kepada Shuhada serta mengatakan hal pembayaran nafkah tidak seharusnya dikongsikan kepada umum.
BACA: “Dua Bulan Sekali Saya Akan Jumpa Anak Kalau Ada Bajet, Sekali Jumpa Dua Tiga Jam”
“Saya tak mahu komen mengenai hal itu. Namun, saya memang ada beri nafkah. Tidak pernah terlepas bayar nafkah dia anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, Hafidz enggan berkongsikan secara terbuka mengenai jumlah bayaran yang diberikan kerana ianya adalah privasi antaranya dan bekas isteri.
“Isu nafkah ini adalah hal privasi antara saya dengan dia. Berapa jumlah itu hanyalah antara saya dengan dia,” katanya.
Terdahulu, Shuhada mendedahkan bekas suaminya itu culas membayar nafkah serta memberi RM100 sebulan untuk setiap anak.