Pelakon Hafidz Roshdi berkongsikan kali terakhir dia berjumpa dengan anak-anak pada September lalu dan hanya sempat meluangkan masa sekitar dua hingga tiga jam sahaja.
Memetik mStar Online, Hafidz berkata setakat ini dia belum berjumpa dengan Humairah dan Umar serta berkongsikan akan bertemu dengan mereka dua bulan sekali jika ada bajet.
BACA: Rumah Diserbu JKM, Hafidz Roshdi Tuduh Shuhada Dera Anak
“Saya masih belum berjumpa dengan anak-anak. Terakhir adalah bulan September lalu, jumpa dekat rumah bekas isteri.
“Dua bulan sekali saya akan jumpa anak-anak kalau ada bajet. Sekali jumpa dalam dua hingga tiga jam sahaja,” katanya.
Hafidz yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini berkata dia tidak pernah menghubungi bekas isterinya. Katanya, urusan hal anak-anak adalah melalui peguam dan bekas ibu mentua.
“Saya hanya berhubung melalui peguam dan juga melalui ibu Shuhada. Saya memang tiada hubungi Shuhada,” katanya.
Difahamkan, mahkamah menetapkan 23 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes hadanah termasuk sebutan semula kad hadanah penuh dan interim.