fbpx

“Hafal Surah al-Quran Kalau Nak Mainan Baru”

Baru saja pulang dari menunaikan umrah, Shuib Sepahtu baru-baru ini ada berkongsikan sebuah video mengenai gelagat anaknya yang mahukan permainan baru. Apa yang menarik perhatian, syarat yang diberikan Shuib kepada anaknya.

BACA: Siti Sarah Mohon Hidayah Untuk Kekal Berhijab

Difahamkan Shuib dan Siti Sarah kini sedang mencuba peraturan baru untuk mendidik anak-anak mereka, dimana mereka perlu membaca satu surah al-Quran setiap kali mahu membeli sebarang permainan baru yang diingini.

Menerusi video yang dimuat naik, Shuib meminta anaknya membaca surah sebelum membelikan mainan baru. Rata-rata ramai memuji pasangan ini mendidik anak-anak menghafal surah-surah al-Quran sejak dari kecil.

Malah tidak kurang juga, ada ibu bapa yang berasa kagum dan ingin mencubanya sendiri di rumah bersama anak-anak mereka. Kalau dilihat pada video itu, tidak kekok sama sekali anak mereka membaca surah suci al-Quran. (rtky/w)