Timbul dakwaan bakal mengikat tali pertunangan dengan penyanyi Dayang Nurfaizah dalam tempoh terdekat ini, Hael Husaini bagaimanapun menafikan gosip tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Hael yang kelihatan cukup berhati-hati menjawab dakwaan itu enggan memberikan komen lanjut serta menyifatkan ianya soalan bahaya.

BACA: Dayang Nurfaizah Sedih Sering Ditanya Soal Kahwin

“Tak ada, tak ada. Belum lagi. Saya tak nak jawab. Tiada komen, bahaya soalan ini (berkaitan pertunangan dengan Dayang).

“Insya-Allah, kalau ada rezeki dengan sesiapa yang sudi dan sampai jodoh, saya bertunang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Hael, dia masih menunggu jodoh, sama seperti kebanyakan rakan-rakan bujangnya yang lain.

Terdahulu, Hael mengakui Dayang Nurfaizah merupakan wanita paling rapat dengannya serta menyerahkan soal jodoh mereka kepada Tuhan apabila ramai peminat mengharapkan pasangan ini ke jinjang pelamin.