fbpx

Hadir Majlis Ilmu, Air Mata Nora Danish Tak Berhenti Mengalir

Baru-baru ini, perkongsian Nora Danish di Instagram menjadi perhatian apabila tampil berjubah dan bertudung menyertai majlis ilmu.

Difahamkan, majlis tersebut dipercayai dianjurkan oleh rakan karibnya, Betty Rahmad yang juga adik kepada pengarah Erma Fatima dan Datin Seri Umie Aida.

BACA: Nora Danish Dipuji Makin Tua Makin Cantik

Menerusi perkongsian itu, Nora menzahirkan penghargaan buat sahabatnya yang turut menghadiahkan jubah buat dirinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

Malah, Nora turut memohon ustazah yang hadir menyampaikan ilmu pada majlis tersebut untuk tidak berhenti mendoakan buat dirinya.

“Kepada ustazah yang fun, membuatkan setiap ilmu berjaya masuk ke hati, sanubari, sampai air mata tidak berhenti mengalir, jangan berhenti doa untuk Nora ustazah ye,” tulisnya.

Perkongsian Nora itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menitipkan doa agar pelakon itu diberikan hidayah untuk menutup aurat suatu hari nanti.

Tidak kurang juga, ramai yang memuji kecantikan Nora yang dilihat lebih manis apabila bertudung serta sejuk mata memandang melihat penampilan pelakon itu.