fbpx

Hadir Bertemu Suami Di Sabah, Zizie Izette Nafi Positif COVID-19

Umum mengetahui suami kepada pelakon Datin Seri Zizie Izette iaitu Datuk Seri Bung Mokhtar kini sedang sibuk berkempen di Sabah dan difahamkan Zizie juga turut berada di sana.

Namun, ada perkara yang tidak sedap didengar apabila tersebar dakwaan Zizie dikatakan positif COVID-19. Bagaimanapun, Zizie menafikan perkata itu serta menyifatkan ianya fitnah semata-mata kerana dia bertemu dengan suami hanya dari jarak jauh.

BACA: Zizie Izette Umum Ambil Anak Angkat Lagi

“Astaghfirullah!! Fitnah-fitnah. Saya jumpa suami pun tiada. Baru hari ni dapat jumpa tapi dia di atas pentas, saya di bawah ni di Tongod.

“Jangan la main fitnah masa pilihan raya ni tidak bagus. Semoga kita semua dihindari dari bahaya pandemik Covid ini. Amin,” jelasnya.

Menjelaskan perkara itu menerusi muat naik di Insta Story, Zizie berkata suaminya seorang yang mementingkan kebersihan dan kesihatan serta keadaannya baik-baik sahaja.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada Disember 2009. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.