Hadiahkan Ibu Beg LV RM14,200, Nubhan Tiada Niat Menunjuk
Baru-baru ini, penyanyi Nubhan berkongsikan video menghadiahkan ibu tercinta, Badariah Omar, 76 tahun beg tangan jenama Louis Vuitton (LV) berharga RM14,200.
Nubhan berkata ibunya yang dikenali sebaga Omak Jenny di kalangan pengikut Instagram terkejut dengan harga beg tangan tersebut.
BACA: Tak Perlu Saman, Nubhan Harap Siti Nordiana & Rakan Artis Berdamai
View this post on Instagram
“Selepas saya membeli beg itu mak begitu terkejut dan tak sangka dekat dunia ini ada beg yang berharga sebegitu. Dia terkedu dengan nilai beg yang dipilihnya itu.
“Sebenarnya dalam perjalanan pulang ke rumah beberapa kali dia tanya kepada saya adakah benar harga beg itu RM14,200 dan menganggap saya ‘gila’ kerana membeli beg itu untuk dirinya.
“Sebelum ini saya memang selalu hadiahkan mak barang tapi dia tak tahu nilai barang berkenaan. Tapi kali ini saya bawa mak ke butik untuk dia pilih mengikut cita rasanya,” katanya.
Nubhan berkata video dikongsikannya itu bukan niat untuk menunjuk tetapi mahu membalas jasa ibu tercinta dan sudah lama berhasrat untuk menghadiahkan beg tangan buat ibunya.
“Saya memang sudah lama berhajat nak hadiahkan mak beg. Sebelum ini, saya belikan saja beg mengikut cita rasa saya, tapi kali ini saya bawanya bersama dan dia lihat sendiri harga beg terbabit.
“Saya tak sangka video spontan mak mendapat maklum balas positif. Ramai yang mendoakan mak dan seronok melihat video terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, Nubhan turut meluahkan rasa syukur apabila perkongsiannya itu turut memberi inspirasi dan keinsafan kepada pengikutnya untuk membalas jasa ibu bapa mereka.
“Saya bersyukur apabila ramai yang terkesan dan ingin membalas budi ibu bapa mereka . Sekurang-kurangnya perkongsian video saya memberi manfaat kepada orang ramai. Tidaklah dianggap syok sendiri,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Menunjuk : upload di socmed. Tak private utk segelintir org shj.
Tak menunjuk : tak upload. Hanya kau dan mak kau shj yg tau. Kalau jiran tau tanpa kau bgtau itu tak kira menunjuk.tapi kalau kau g rumah jiran tnjuk beg itu kira menunjuk.
Paham ke tak?
Retis malaysia pls lah. Alasan zmn 90an.
lpas ni takut nak bawa ke rumah orang kawen kn makcik..nk letak beg tu di atas meja ke di riba, lagi2 kalau rmh kwen org di kpg2, ado yg duduk di bawah jo bersilo2, kalau nk jalan2, tunggu anak2 je bawa jalan bersama2 beg tersebut atau simpan je dlm almari pinggan hiasan..
..haiya..beg murah malu, beg mhl takut bawa..sbb tu ada peribahasa ” buat baik berpado2, buek jht jgn skli”..dalam semua perkara..bersederhana lebih baik yer dok.., rupanya keladi gold 916 alocasia lebih mahel hargenya…tak lena zzz mlm ingat keladi jo..
Kalau dah ada niat nak upload tu maksudnya kau nak orang tengok la mangkokkkk. Dasar retis otak kat lutut
Nak upload utk kenangan kot… Tapi, boleh leh je bg dekat rumah ke, bilik ke….
yg bising2 kat atas tu mesti duduk rumah baca kitab je…maksum selangkah ke syorga x main socmed… gittewwww
Wow.. bisnes suam suam jer pun dh boleh beri hadiah beg 14k.
LANTAK KE DIA LAH.
DUIT DIA
YG BUSOK HATI SGT KNP SAITOONNN?
Artis sengal tahap gaban.
Even without kau tunjuk video tu pun ramai je orang nak & dah berbuat baik dengan mak bapak. Cuma maybe tak ramai mampu nak bagi hadiah harga macam tu.
Siapa ckp dia bisnes suam2 kuku? Kikiki.. kalau suam2 kuku x kan lah dapat top 100 young ceo baru2 ni.. sama mcm lan solo tu…. Biarlah dia nk manja kan omak sendiri… rezeki masing2.. sapo rajin dio berjayo.. sekian.
Rasa rugi baik beli emas. Pelaburan bijak.
dia nk buat content youtube wey..
korang apa tau asyik mendengki je…melayu kaaannnnn??
aku baru je hadiahkan taman bunga utk mak, ada 30 pasu bunga kertas, 20 pasu bunga keladi, 10 pasu bunga hati2, 5 pasu bunga puding, 5 pasu bunga kemboja, bunga yg lain dlm planning, semua ni pasu tanah dn besar berukir2an bunga. Nanti aku balik kpg, aku pun ceria di taman bunga tu. Sebelum tu pun dh bertahun2 tiap bulan bgi duit RM100.00 sebulan utk seorg.., syukur apa yg ade, (rm100 x ……6 org) hnya ini mampu..alhmadulillh, sanggup ssh di perantauan namun nk minta duit mak sesen idokle. Kita bkn kaye, tpi sng zzzz je dn hati sng itu yg kite mau.
Kite tak mmpu nk bgi nilai ratusan ribu, puluhan ribu sekli lump sump, tpi tiap bulan yg kita balik berbelanja penuhkan brg dapur mak, ambil bil2 mak dn byr online bulanan dn itu aku dh lega walaupun kite x ade gelang emas sparuh siku, rantai leher berat sekilo…yg penting kita sihat cri duit dn laki syg dn laki rajin kerja.
Betul la tu ass kissers sekalian tu duit dia…takde sapa boleh argue…tp statement dia kata taknak menunjuk tu adalah kebodohan melampau…ni la bbnu tau sembah duit je tapi bodoh…keje nak tayang harta je tapi perangai kelas ketiga.. dah miskin nanti sibuk mintak derma kilat lah mintak kurangkan income tax lah mintak extra duit bantuan lah kutuk perkhidmatan kerajaan hazab lah padahal bayar singgit je pun dah acah diva bodoh.. kesian bbnu zaman skrg
Saya rasa ok je dia belanja mak dia handbag. Dia rasa dia mampu. Dan dia nak bagi hadiah kat emak dia. Biarlah dia nak balas jasa emak dia.
Sila tengok video please sebelum komen.
Bg aje la hbag tu tanpa sebut harga x blh ke..bgtau kat mak kau aje harga beg tu..x siapa pun nk cemburu..sebut jenama..sebut harga tp kata x nk menunjuk..kalau x menunjuk ape ke namanya tu bangang..
Ngada nk mampusss…
yang komen ni confirm belum tengok lagi video ni. kalau dah tgk memang nampak je dia bukan jenis riak nak menunjuk. yg sebut harga tu orang yg nak jual tu, bukan dia. and kalau orang tu tak sebut harga langsung pun korang kata menunjuk jugak, sebab kedai LV.
biarkan laaa dia nak belanja mak dia, janganlah dengki
U olls kena faham perasaan ORANG KAYA BARU. Penat dia jual privasi hidup nak bagi orang kenal. Tak kan udah beli ribu riban diam????
Lainlah old money born in rich family sejak zaman Atuk Che Det. Rega LV Nubhan beli setakat harga selipar luar rumah or jamban they olls ja.
Yg korang jelly sgt nape. Daripada dia buat content pijak duit, tunjal kepala bini atau cium ketiak , lebih baik dia buat content begini. Anak baik yg ingat jasa org tuanya. Mana tahu anak2 yg selama ini kedelut dgn org tua mereka tersentuh. Hati dan terfikir utk ingat jasa ibu bapa tua mereka.
Riak or not tu dia dgn Allah. Ko sape nak teka isi hati dia.
Lg pun bkn dia bg mistress atau skandal dgn betina lain etc .. yg tu semua korang nak bertikam lidah lantak kome le. Atau korang tuduh dia penunggeng agama pun x boleh. Sbb dia hnye buat satu content yg positive.
Atau korang mmg prefer content mcm shuq shahar atau sajat kamaruzzaman ?
Dia nie keja apa boleh belanja RM14,200 bg beg kat emak dia. Toksah buat lawak lah. Mak aku jd cleaner pun aku bg dia beg berharga RM25,700 je. Itu pun dia sangkut kat jamban R & R masa tengah keja. Skrg nie sumer seliberiti berebut2 buat crita menjekilkan semata2 nak dpt hits.
Dia meniaga. Sebab tu berebut orang ada modal meniaga. Tapi kalau tak ada ilmu baik kau makan gaji sambil dengki dengan orang. Kah kah kah
Dia meniaga jual telor itek ke? Sape2 je meniaga tak kiralah niaga ayam kukus nasi berempah ke, sop kepala ke atau nasi itek ke sumer akan dapat untung juta2 tak ada yg rugi. Sikit2 dengki. Bukan dengki la bro tp menyampah ngan crita mengarut. Lain kali nak buat crita kayalan jgn bawak emak masuk frame. Kesian org tua yg tak tahu apa2.
Kau gaduh lah pasal rezeki orang. Tak dapat apa pon bodoh.
Bebawang army ya bijak. Marilah kita kecam dan tekan PM, Menteri Kewangan dan KWSP agar segera luluskan 10K one off KWSP tanpa syarat for the last time!
Isu tengah panas kena bersuara. Najib dah rayu tuh. Marilah kita support ramai ramai. 10 ribu seorang dapat. Lagi untung daripada kecam dengki yg cuma dapat dosa.
Jadilah bawang yang bijak gais! Kemin! Mari pergi Facebook pihak berkaitan. Tuntut duit 10K. Kalau Najib minta maksudnya kerajaan mampu. Sebab itu DUIT RAKYAT!
Bro, kalu lu betul2 tak tahu biar gua bgtahu. PM ke KWSP ke Menteri Kewangan ke bukan kat sini. Platform lain lah bro. Org cakap pasal mamat ni bg mak dia beg Elvie dia sembang politik pulak. Hujah lu kira bagus la tp salah bilik.