fbpx

H! Olivia Wilde Kini Kembali Solo, Bercerai Dengan Suami Si Putera Itali

Ada dua cara mainstream untuk anda kenal siapa Olivia Wilde, filem Tron: Legacy & drama bersiri House MD.

Kami tonton & mengikuti kedua-duanya dan aktress berusia 27 tahun ini memang hot & awesome.

Sumber sahih di Hollywood kini mengesahkan yang Olivia Wilde kini sudah kembali solo setelah berpisah dengan suami 8 tahun beliau, Tao Ruspoli seorang kerabat Itali.

Olivia Wilde & Tao Ruspoli berkahwin pada tahun 2003 dan ketika itu aktress ini hanya berusia 19 tahun dan kini mereka sudah tidak bersama.

Punca sebenar perpisahan mereka masih belum jelas namun temubual terbaru Olivia Wilde bersama Playboy mencadangkan yang wanita ini tidak selesa hidup dengan kerabat istana.

Dan kini, kebarangkalian untuk mana mana lelaki untuk memiliki Olivia Wilde baru sahaja naik dari sifar ke 1/999,999. Termasuk kami. Heh.