fbpx

H! Nicole Kidman Akui Gunakan Botox Untuk Kecantikan, Kini Berhenti

Siapa yang tidak kagum akan kecantikan paras wajah yang di’miliki Nicole Kidman, aktress Hollywood kelas A yang kini berusia 43 tahun.

Namun hari ini, satu dunia bagai ‘terkejut’ dengan pengakuan Nicole Kidman yang menyatakan selama ini beliau memang menggunakan suntikan Botox untuk kecantikan.

Nicole Kidman yang di’temuramah sebuah agensi TV Jerman mengakui mencari pelbagai cara untuk mengekalkan ketegangan kulit yang di’miliki beliau selama ini.

Namun, menurut Nicole Kidman, tiada apa yang lebih berkesan secara semulajadi selain nutrisi dari pemakanan yang bagus & senaman yang teratur untuk kekal sihat.

“Saya tidak tahu bagaimana wajah saya akan kelihatan selepas ini, saya sudah berhenti menggunakan’nya (Botox) dan boleh menggerakkan dahi saya seperti orang normal”, kata Nicole Kidman kepada media.

H! adalah sebuah ruangan baru yang di’perkenalkan hari ini untuk menjadi tempat berkumpulnya kisah & gossip sensasi dunia hiburan Hollywood.