fbpx

H! Keanu Reeves Sahkan Ada Dua Lagi Sekuel Filem The Matrix, Dalam 3D

Filem The Matrix bakal kembali & para peminat, masa untuk enjoice!

Keanu Reeves dalam ucaptama beliau di London School of Performing Arts mengesahkan dua filem terbaru The Matrix.

Keanu Reeves bukan setakat memberikan kiasan yang mana bakal wujud The Matrix 4 & 5 tetapi turut memberitahu ia’nya sudah berada dalam fasa produksi.

Pembawa watak Neo dalam trilogi The Matrix ini bakal kembali bergandingan dengan adik beradik Wachowskis dalam menjayakan projek terbaru ini.

Untuk tidak ketinggalan dengan trend yang hip sekarang, filem sekuel The Matrix ini akan turut di’keluarkan dalam bentuk 3D.

Walaupun tiada kenyataan rasmi dari Keanu Reeves atau mana mana penerbit berkaitan tentang kesahihan fakta ini, namun menurut pengkritik filem, sekuel The Matrix sesuatu yang bukan mustahil.

H! adalah sebuah ruangan baru yang di’perkenalkan hari ini untuk menjadi tempat berkumpulnya kisah & gossip sensasi dunia hiburan Hollywood.