fbpx

Baru-baru ini hangat diperkatakan di media sosial mengenai 779 orang guru di Johor yang tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Edika Yusof yang memberikan pendapatnya. Edika berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memainkan peranan penting dalam hal itu.

BACA: Edika Yusof Dikecam Sokong Perarakan ‘Keluar dan #Lawan’

Kata pelakon itu lagi, KKM perlu pastikan guru yang menerima vaksin tidak menghidapi sebarang penyakit kronik selepas suntikan tersebut.

“Pihak KKM kena pastikan tiada cikgu yang mendapat sakit kronik selepas vaksin. Sebab bila berlaku tiada siapa yang nak bertanggungjawab,” katanya.

Edika berkata lagi, punca guru yang menolak vaksin mungkin disebabkan beberapa kes yang penah berlaku dan tidak diketahui ramai.

Ujarnya lagi, golongan guru menolak vaksin kerana mereka mengetahui ianya masih dalam ujian dan tiada sebarang jaminan vaksin tidak akan memberikan apa-apa kesan.

“Ada kes sebab tu mereka berhati-hati sebab ini adalah vaksin ujian memang tiada jaminan. Sebenarnya ini hak asasi manusia. Kerajaan pun tak boleh paksa,” katanya.

Edika juga mendakwa vaksin yang sebenar dan terjamin mengambil masa yang lama sekitar 10 hingga 14 tahun. Malah, jika ada pihak tidak mahu menerima vaksin, mana-mana pihak tidak boleh memaksa.