Edika Yusof Dikecam Sokong Perarakan ‘Keluar dan #Lawan’
Gara-gara komen seolah menyokong perarakan Keluar dan #Lawan’ semalam yang mendesak seluruh menteri Kabinet meletak jawatan, pelakon Edika Yusof dikecam teruk oleh netizen.
Menerusi komen berkenaan, Edika berpendapat tindakan mengadakan perarakan tersebut adalah wajar sebagai simbolik mewakili ‘suara rakyat’ yang berani untuk mendesak kerajaan meletak jawatan.
BACA: Sambut Anniversary Ke-18, Edika Yusof Terus Setia Jaga Isteri Lumpuh
“Ini rakyat, bukan parti politik. Berani kerana benar. Kalau tidak buat begitu (perarakan), ramai lagi akan mati (akibat Covid-19). Tolong hormati mereka kerana berani,” tulisnya.
Dalam pada itu, Edika berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan perarakn protes tersebut kerana diadakan di kawasan terbuka dan selamat.
“Diadakan di kawasan terbuka dan selamat. Vitamin D daripada pancaran matahari akan membunuh virus (Covid-19). InshaAllah,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan komen tersebut malah ada yang menyifatkan pelakon berusia 54 tahun itu ‘tidak ada otak’.
Semalam, kecoh apabila satu protes oleh sekumpulan individu lengkap berpakaian hitam diadakan dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka.
Perarakan itu dibuat bertujuan untuk mendesak seluruh menteri Kabinet meletak jawatan kerana didakwa gagal kes menangani Covid-19.
- SUMBER
- Kosmo!
Kita raikan pendapt yang berbeza ok?
Mak bapak korang pun berbeza pendapat dlm banyak hal
Ahli keluarga korang pun bertekak bila pendapat tak sama
Malah, siap ada pilihanraya untuk membolehkan rakyat memilih ikut pendapat masing2.
So,? Nak kutuk2 orang apa hal? Ikut suka pendapat masing2 la asalkan bertindak ikut peraturan
Sah2 kerajaan gagal..penuh tipu daya muslihat nk selamat leher masing2 je..meningkat tp dibendung boleh diterima tp ni dh smpai tahap lps tgn biarkan sj kes naik mencanak2 org mati beramai2..hospital smpai x mampu tampung dah apa citer..skrg pun pkp, parlimen x boleh bersidang..apa keja la sgt menteri2 tu buat..gaji ttp jalan kan..btw, kena ubah pemikiran bkn kerajaan yg byr gaji rakyat tp rakyat yg byr gaji kerajaan..ni baru betul..kerajaan hanyala pelaksana apa yg rakyat byr dan perlukan..
Kalau seisi kabinet pergi dek covid pun, kita rak rugi apa2 pun. Siap lega sbb blh pilih org yg baik dan patriotik buat keja utk kecemerlangan negara mcm zaman tun dulu. So, sambung je mesyuarat parlimen esok
cepat la bukak sempadan oui aku rimas duduk rumah org nk kerja kerajaan buat apa ni 2 tahun x selesai kovid kes naik rimas ahh
Cepatlah buka sempadan. Nak. Ride pi siam. Dah beli motor R1250GS, Tapi takat pi kedai je. Sedih.
Go go Edika Yusof… U rock!! Open minded!!