fbpx

Guna Trak Promosi Suria FM, Cara Baru Dekati Pendengar

Idea yang bernas bagi rangkaian promosi Suria FM apabila pihak mereka memperkenalkan trak Suria FM bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2013 untuk memberikan pendedahan maksima kepada pendengar yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada stesen radio kegemaran warga kota.

Siapa yang tidak suka mendengar celoteh DJ kesayangan seperti DJ Linda Onn, DJ Lin dan juga siaran paginya bersama Adibah Noor dan juga Halim Othman.

Apa yang lebih menyeronokkan lagi adalah jika anda terlihat trak ini di waktu malam pasti teruja kerana keseluruhan badan trak ini akan bercahaya ditambah lagi mereka turut memasang Suria FM sepanjang perjalanan untuk menarik perhatian pemandu-pemandu di jalan raya khususnya.

Cara promosi ini merupakan yang pertama dilakukan oleh stesen radio, tahniah kepada team Suria FM yang memang tidak pernah putus-putus memberikan idea yang kreatif untuk lebih dikenali ramai.

Menurut Pengurus program Suria FM, Adiwati Zainuddin, “Trak Suria FM ini adalah satu usaha yang berterusan untuk Suria FM terus dikenali. Ia memberikan pendedahan tentang Suria FM dan penyampai-penyampai Suria FM kepada masyarakat. Jadi, ia akan memperkukuhkan Suria FM dalam ingatan pendengar”.

Bagi anda yang bertuah terjumpa trak ini dimana-mana amat dialukan sokongan anda dengan memuat naik gambar anda bersama trak Suria FM ini di laman facebook dan juga Twitter Suria FM.

Bersesuaian dengan tema, “Menceriakan Duniamu” pasti anda tidak mahu melepaskan peluang melihat trak ini dengan lebih dekat, mana tahu dapat hadiah misterikan? heh.