fbpx

Gudang Diserbu Penguatkuasa, Netizen Minta Sajat Bertaubat

Belum reda lagi isu mengenai usahawan popular Nur Sajat yang didakwa ke Ibu Pejabat JPN di Putrajaya untuk mengubah status jantina pada kad pengenalan, timbul satu lagi isu lain.

Menerusi Instagram, Sajat memuat naik video menunjukkan gudang yang menyimpan produk jualannya telah diserbu oleh anggota penguatkuasa. Turut disertakan kepsyen, Sajat memberitahu serbuan tersebut bukan salah pihak berkuasa tetapi ianya kesilapan pihak pengurusan gudangnya.

BACA: Isu Ubah Status Jantina, JPN Tidak Terima Permohonan Sajat

https://www.instagram.com/p/Bl1-o6jn27z/?utm_source=ig_embed

Seperti sudah dijangka, ada segelintir netizen meluahkan rasa gembira dengan kesedihan yang dialami oleh Sajat. Ada juga yang memberitahu serbuan dilakukan kerana gudang tersebut tidak mempunyai sistem dan perlu mengikut peraturan yang ditetapkan.

Tidak kurang juga ada yang beranggapan insiden tersebut merupakan musibah dan petanda agar Sajat bertaubat. Namun, sehingga kini punca sebenar pihak Kastam menyerbu gudang tersebut masih belum diketahui lagi.