fbpx

Greyson Chance Berjaya Hiburkan Hampir 2,000 Peminat Di KL Live

Walaupun konsert beliau di’jadualkan di tengah hari minggu nan sibuk, hampir 2,000 orang peminat setia Greyson Chance turun menghadirkan diri untuk menyaksikan bintang muda Amerika Syarikat ini beraksi untuk jelajah konsert secara besar besaran di Asia.

Greyson Chance Live in Malaysia 2012 yang berlangsung di KL Live, Life Centre Kuala Lumpur ini di’bawakan oleh JS Concerts dan ini merupakan kunjungan kedua bintang kelahiran Youtube ini ke Malaysia selepas kunjungan mini November 2011 yang lalu.

Penyanyi berbakat berusia 15 tahun ini memulakan konsert dengan menunjukkan baju beliau yang tertampal indah bendera Malaysia sekitar 8.30 malam & konsert ini berlanjutan untuk tempoh dua jam dengan barisan lagu lagu popular Greyson Chance. 

Antara senarai lagu yang di’sampaikan Greyson Chance pada konsert malam tadi ialah Hold On ’till the Night, Waiting Outside the Line dan tidak ketinggalan lagu yang memperkenalkan beliau kepada khalayak ramai, Paparazzi yang di’sampaikan dengan iringan permainan piano.