fbpx

GQ Namakan Mark Zuckerberg Sebagai Lelaki Paling Selekeh. Ouch!

Nampakkan lelaki lelaki geek di Silicon Valley semakin mendapat nama & publisiti.

Untuk keluaran terbaru majalah GQ, mereka menyenaraikan 15 Lelaki Paling Selekeh DI Silicon Valley (atau 15 Worst-Dressed Men of Silicon Valley).

Dan, ayahanda anda semua yang gilakan FarmVille di Facebook, Mark Zuckerberg menduduki tangga pertama dan ayahanda kesayangan kami, Steve Jobs menduduki tangga kedua.

Mark Zuckerberg yang sebenarnya seorang yang tidak berapa peduli akan penampilan di’kritik hebat oleh polis fesyen di GQ.

Pertemuan dengan President Barack Obama tidak lama dahulu menjadi titik tolak polis fesyen yang mengkritik pemakaian tali leher, blazer dengan jeans.

Steve Jobs turut di’kritik kerana sering tampil dengan penampilan serupa dan tiada langsung rupa seorang yang berjaya di dunia korporat. via Mashable