fbpx

Gossip: Ziana Zain Tolak Untuk Bergambar, Tinggalkan Peminat Hampa

Agak lama sudah kita tidak dengar kisah terbaru & gossip penyanyi bersuara lantang Ziana Zain ini.

Kali terakhir kelibat Ziana Zain kami nampak adalah dalam kaca televisyen untuk program sempena perayaan Aidilfitri.

Kami juga sering tertanya tanya, tidak’kah Ziana Zain teringin untuk muncul dengan sebuah album baru kerana rasanya sehingga ke hari ini, permintaan terhadap alunan suara Ziana Zain tetap tinggi.

Semalam kami menerima sepucuk e-mail dari seorang peminat Ziana Zain yang mengadu nasib yang terjadi kepada beliau ketika pertemuan singkat dengan bintang pujaan beliau itu.

Peminat ini merupakan peminat setia Ziana Zain dan telah menghadirkan diri ke Ekspo Pengguna Halal Malaysia (Halfest) 2011 kerana tahu akan kehadiran penyanyi itu sebagai penyeri majlis.

Namun apa yang terjadi, apabila peminat ini meminta untuk bergambar bersama Ziana Zain tidak melayan permintaan peminat ini dan tidak berusaha pun untuk berhenti untuk memberi peluang untuk bergambar.

Menurut sumber, ini bukan pertama kali kerana ini merupakan pertemuan & percubaan ketiga beliau dan masih tidak dapat merealisasikan impian untuk mengabadikan gambar kenangan bersama Ziana Zain.

Agak sedih kisah yang di’sampaikan namun kami berfikir secara positif, Ziana Zain mungkin tidak cukup tangan untuk melayan semua peminat beliau dalam satu masa lebih lebih lagi status penyanyi popular yang beliau pegang.

Kami yang berada di’pihak media pun kadangkala terpaksa berperang sesama sendiri untuk bersama selebriti lebih lebih lagi dengan mereka yang mempunyai populariti yang agak aneh.

Jangan terlalu mudah ambil hati, kami pasti Ziana Zain sayang akan semua peminat beliau. Kami masih ada, bersedia untuk mengambil gambar dengan anda sebagai ganti. Cewah!