Gossip bilakah majlis perkahwinan pasangan selebriti paling hangat ketika ini sudah bermula sejak mereka mengumumkan secara rasmi hubungan cinta mereka.

Dan, sejak akhir akhir ini semakin banyak khabar angin yang bergelar mencadangkan pasangan ini sudah semakin hampir untuk bergelar suami isteri.


Bermula dengan khabar yang konon’nya Astro telah membeli hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinan Lisa Surihani & Yusry KRU Februari nanti.

Sehingga ke hari ini pihak Astro tidak mengeluarkan apa kenyataan menafikan atau mengiyakan khabar angin tersebut.

Kami ada maklumat tambahan, beberapa hari lalu seorang yang memang rapat dengan industri hiburan memberitahu yang Putrajaya International Convention Centre (PICC) telah di’tempah pada Februari 2012 untuk majlis perkahwinan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU.



Portal hiburan GUA semalam berjaya menjumpai sehelai kertas dengan isi kandungan perancangan majlis perkahwinan paling gah 2012 — di’kawasan sekitar pusat penyiaran Astro.

Menurut satu sumber lagi melalui Twitter memberikan kami kenyataan penuh tanda tanya yang mengatakan pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU bakal naik pelamin pada 25 Februari 2012 nanti.

Di’sini kami hanya menyatukan beberapa fakta atau khabar angin yang berlegar sekitar gossip majlis perkahwinan Lisa Surihani & Yusry KRU. Kenyataan sebenar hanya tuan badan sahaja yang tahu. Mahu jawab?