Sikap hipokrit memang ada di’mana mana. Lagi lagi dalam dunia penuh superficial sekarang ini dan mereka yang di’label ustaz turut tidak terkecuali. Manusia biasa ‘kan?

Al-kisahnya, seorang jiran kepada pelakon lelaki ini datang mengadu kepada kami tentang perihal pelakon itu yang masih tinggal bersama bakal isteri sejak beberapa tahun lalu.


Kenapa kami letakkan ustaz segera dalam tajuk? Pelakon lelaki yang kami maksudkan sejak akhir akhir ini memang aktif dalam siri ceramah agama & tidak kurang juga politiknya.

Pengumuman yang beliau dan pasangan bakal berkahwin turut menjadi perhatian ramai baru baru ini, lebih lebih lagi apabila ramai yang tidak tahu yang beliau sudah lama bercerai.

Niat untuk berkahwin itu bagus cuma apabila pelakon lelaki ini berpura pura sudah bertaubat sedangkan masih melakukan maksiat memang satu perbuatan penuh hipokrit namanya.