Informasi dalam artikel ini adalah hasil siasatan wartawan bebas & maklumat awam di Forum Cari. Segala maklumat yang ada haruslah di’hadam dengan pertimbangan yang rasional.


Gossip ini timbul beberapa hari lalu dari Murai.com.my yang mencadangkan yang ada pelakon meletup hampir bercerai dengan suami kaya raya akibat selalu boros berbelanja.

Hasil maklumat orang ramai, mereka mencadangkan nama Umie Aida sebagai aktress yang di’maksudkan itu berdasarkan beberapa track record yang menjurus ke arah artikel dari Murai.com.my.

Sebelum ini, aktress berbakat ini ada beberapa mencuba untuk membuka pelbagai jenis perniagaan namun sehingga hari ini tidak mendatangkan hasil memberansangkan.

Semua modal untuk perniagaan ini di’katakan hadir dari poket sang suami yang begitu menyayangi sang isteri. Siapa tidak sayang isteri bukan?


Peminat hiburan yang mengikuti rapat aktiviti Umie Aida pasti pernah mendengar aktiviti Umie Aida bersama rakan-rakan ke luar negara untuk bercuti & membeli belah.

Seorang pegawai bank berwarna merah memberi maklumat, yang mana beliau menguruskan transaksi kad kredit Umie Aida, aktress ini pernah membayar RM5,000 untuk sessi satu manicure & pedicure di Bangkok.

Baru-baru ini juga, sang suami di’katakan pergi mengerjakan umrah seorang diri tanpa di’temani sang isteri atas sebab sebab yang masih tidak di’ketahui.

Betul atau tidak aktress di’maksudkan Murai.com.my itu benar Umie Aida, biarlah masa & tuan diri yang menentukan. Kami berharap semuanya baik baik sahaja.