fbpx

Di Malaysia sendiri tiada khabar berita, namun gossip tidak enak ini mula bertebaran di Indonesia.

Afgan yang kini sedang berada di Jakarta untuk uruskan soal kerja berkata beliau sendiri keliru bagaimana kisah sebegini boleh timbul dengan tiba tiba.

Gossip tersebar mengatakan yang Afgan telah di’buang dari kampus tempat beliau sambung belajar di Malaysia baru baru ini.

Afgan yang menuntut di Universiti Monash Malaysia berkata pelajar kini sedang menikmati cuti akhir tahun selepas dua semester.

Menafikan gossip tersebut, Afgan berkata beliau kini lebih bersemangat untuk menghabiskan sessi pengajian beliau di Malaysia kerana ada antara rakan yang sudah pun tamat & masuk alam pekerjaan. – Kapan Lagi