fbpx

Sebenar’nya kami berfikir dua kali juga untuk menulis perkhabaran kurang baik yang kami terima baru baru ini.

Kami tidak akan menyebut nama kerana ia’nya terlalu obvious untuk anda semua teka siapakah gelaran selebriti yang kami maksudkan dalam artikel pendek ini.

Baru baru ini heboh di media cetak & elektronik yang selebriti memerlukan bantuan dari segi kewangan untuk menampung kos perubatan beliau yang mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Lantaran itu, sekumpulan artis berhati mulia telah berkunjung ke rumah selebriti tersebut baru baru ini untuk menyampaikan cek sumbangan bernilai RM20,000 — pihak media turut di’jemput serta.

Menurut satu sumber yang boleh di’percayai, selebriti itu baru baru ini ada memesan satu set perabot mewah yang boleh tahan juga harganya — tidak sepadan dengan kisah simpati yang di’jaja.

Ini bukan isu pertama berkaitan kos perubatan & rawatan selebriti ini timbul, sebelum ini ramai mempersoalkan apakah keperluan untuk selebriti ini mempunyai empat orang jururawat peribadi.

Bersempena dengan Aidiladha hari ini, tidak salah rasanya untuk selebriti ini berkorban sama — korbankan perbelanjaan yang tidak perlu dan tumpukan usaha untuk cepat sembuh.