fbpx

(Gossip) Suami Maya Karin Bersiap Balik Kampung, Hantar Notis Berhenti

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Ini perkembangan terbaru kami terima tentang Steven Shorthose, suami Maya Karin yang mengajar di sebuah sekolah antarabangsa di ibu negara.

Menurut satu sumber yang bekerja satu tempat dengan Steven Shorthose, jejaka Liverpool England ini sudah menghantar notis berhenti kerja kepada pentadbiran Alice Smith International School.

Sumber juga ada menyebut yang Steven Shorthose kini sedang bersiap untuk pulang ke negara asal beliau. Jika ini benar, ini satu perkembangan yang kurang sihat buat rumahtangga Maya Karin.

Seperti umum sedia maklum, Maya Karin sendiri mengakui yang rumahtangga beliau sedang menghadapi masalah beberapa minggu lalu.

Namun apa yang kami lihat, Maya Karin nampaknya semakin rancak di’lihat bersama selebriti bujang lain seperti Remy Ishak & Farid Kamil.

Bukankah sekarang masa yang lebih baik untuk Maya Karin luangkan lebih banyak masa & tenaga buat suami tercinta?

Mungkin dengan cara itu mereka boleh cari jalan penyelesaian untuk selamatkan rumahtangga mereka.