fbpx

(Gossip) Sharifah Aryana Kini Bercinta Dengan Anak VIP Terengganu?

Gambar di’atas adalah gambar lama, biar kami jelaskan sebelum sesiapa kata kami slowpoke. Baca cerita yang kami ingin tulis ini sehingga habis.

Seorang penghuni Bandar Sri Damansara menghantar e-mail terus kepada kami untuk menyampaikan kisah terbaru gadis comel ‘Mukhsin’ bernama Sharifah Aryana ini.

Pengirim mendakwa terserempak beberapa dengan Sharifah Aryana bersama dengan seorang lelaki di’sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

Setiap kali pengirim terserempak dengan pasangan ini, mereka kelihatan begitu intim & nampak seperti pasangan sedang hangat bercinta.

Menurut sumber rakan kepada pengirim, lelaki yang sering bersama Sharifah Aryana ini merupakan seorang anak VIP dari Terengganu. Tiada maklumat lanjut tentang lelaki ini.

Gambar yang kami sertakan di’atas adalah gambar Sharifah Aryana bersama teman lelaki rasmi beliau yang terakhir sebelum mereka berpisah beberapa bulan lalu.

Menurut ‘siasatan’ tidak rasmi kami, Sharifah Aryana kini sedang single mingle & sedang bersedia secara total untuk menghadapi PMR tidak lama lagi.

Kami tidak katakan gossip yang kami terima ini tidak benar, tetapi dari apa yang kami lihat, Sharifah Aryana memang seorang yang mudah mesra dengan sesiapa sahaja.

Mungkin lelaki yang pengirim nampak bersama Sharifah Aryana merupakan rakan sekolah beliau atau sekadar teman tapi mesra.

Untuk Sharifah Aryana, good luck untuk PMR. Dengar cerita, 8A bukan sesuatu yang sukar buat Sharifah Aryana.

Dan ingat, anda membaca kisah ini pertama kali & eksklusif hanya di Rotikaya. Jika ada jumpa di’tempat lain tanpa kredit, sampaikan salam kami.