fbpx

Gossip: Shahz Jaszle Tinggalkan Miera Liyana, Masih Ada Orang Ketiga?

Al-kisahnya sebuah portal hiburan Malaysia menulis tentang hubungan dua orang pelakon yang hangat masa kini yang sudah terputus.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Hint dalam artikel tersebut yang anda boleh rujuk di Murai di’katakan menjurus kepada pasangan Miera Liyana & Shahz Jaszle.

Shahz Jaszle di’katakan kini telah meninggalkan Miera Liyana kerana aktress muda ini masih bercinta dengan Lash Mokhtar, juga pelakon muda yang pernah di’kaitkan dengan aktress ini.

Agak mengarut & kami terus menghubungi Miera Liyana yang kini berada di’lokasi penggambaran untuk bertanyakan kebenaran gossip segera ini.

Menurut Miera Liyana, beliau masih bersama dengan Shahz Jaszle sehingga ke hari ini dan tidak tahu menahu akan gossip yang mula tersebar ini.

“Shahz (Jaszle) seorang yang memahami sebenarnya, dia tahu saya berkawan rapat dengan Lash Mokhtar dan kami tiada masalah. Sampai hari ini pun saya masih berkawan dengan Lash”

Kami sempat bertanya tentang khabar angin yang mengatakan Lash Mokhtar kini sedang kecewa kerana di’tinggalkan Miera Liyana dan jawab aktress ini dalam nada ceria;

“Mengarut’lah bang. Saya dengan Lash kawan rapat, Lash yang saya kenal bukan jenis emotional tidak bertempat.”

Miera Liyana yang agak sarat dengan kontroversi sejak kebelakangan ini juga ada janjikan kami gambar terbaru beliau bersama Shahz Jaszle bukti mereka masih bersama, Tunggu!