fbpx

Tanda soal mesti ada walaupun ini bukan pertama kali kami dengar kisah pengarah ini tidak lunaskan hutang tenaga kerja produksi filem beliau sebelum ini.

Salah seorang wartawan kami juga sebenarnya mangsa kepada sifat Mamat Khalid yang di’khabarkan kurang cekap menguruskan wang.

Terbaru, kami menerima e-mail panjang lebar menerangkan satu situasi di’mana pelakon, krew & mereka yang bekerja untuk filem Rock Ooo Rimba Bara (Rock 2) masih belum menerima bayaran.

Apa yang menyedihkan pengirim e-mail ini adalah pihak penerbit filem Rock 2 telah pun melunaskan segala kos yang perlu ke’atas Mamat Khalid dan produksi beliau namun wang tersebut tidak sampai ke tangan mereka yang sepatutnya sehingga ke hari ini. 

Bukan niat kami untuk memburukkan Mamat Khalid dan kami tahu hasil kerja beliau sesuatu yang boleh di’banggakan. Tetapi, jika benar ada masalah timbul di’bahagian pengurusan wang, ada baiknya di’tengok tengok apa patut.

Sekali dua, mungkin orang mahu bekerjasama atas dasar memperjuangkan seni & filem Melayu, tetapi sandwich Subway sekarang perlu mereka semua beli dengan wang ringgit, bukan sekadar terima kasih,