fbpx

Kalau kami sebutkan nama selebriti ini, pasti anda akan kata ya, memang boleh nampak gaya hidup selebriti ini memang begitu.

Dan, berjumpa sekali lagi kita di’ruangan gossip tidak bernama kerana ini hanya’lah gossip ringan dan kami bukan kaya untuk lantik peguam dan bayar saman.

Al-kisah’nya selepas kontroversi yang melanda pelakon wanita ini tempoh hari, ada suara yang menyampaikan kisah kehidupan beliau yang penuh dengan ilmu kepercayaan agak karut.

Sudah bersuami dan sikap terlalu percayakan suami beliau di’katakan berpunca dari ramalan seorang tukang ilmu tilik yang memberitahu perkahwinan mereka sememang’nya kuat dan seimbang menurut kitab pegangan pengamal tersebut.

Bukan itu sahaja, malah setiap keputusan besar dalam kehidupan pelakon ini turut akan di’rujuk kepada tukang tilik ini untuk mendapatkan pandangan & nasihat — termasuk pembelian barang dapur.

Seperti tidak masuk akal, tetapi itulah yang kami dengar. Bukan hendak berlagak alim, tetapi merujuk kepada pakar tidak bertauliah sebegini sebagai panduan hidup seakan membelakangkan Tuhan. Hmm.