fbpx

Sekali lagi, selebriti yang kami maksudkan tiada kena mengena dengan gambar di’sebelah — jika anda masih suka berspekulasi.

Kisah ini sudah lama kami simpan kerana mungkin selebriti ini hanya melakukan’nya sekali & tidak akan berulang selepas ini.

Namun insiden terbaru yang telah sampai ke pengetahuan kami mengesahkan yang pelakon juga pengacara wanita ini memang tidak gemar bersama peminat.

Peminat yang hadir ke sebuah majlis hiburan baru baru ini agak terkilan dengan sikap selebriti ini yang terus melarikan diri selepas selesai majlis tanpa bertemu para peminat yang menunggu.

Selebriti wanita yang baru sahaja muncul dengan filem awal tahun 2012 lalu turut di’khabarkan menerima tawaran bekerja sebagai pengacara majlis petang untuk mengambil hati seorang VIP yang hadir. 

Maklum’lah, dengar cerita memang selebriti ini suka melayan & mendampingi VIP untuk pelbagai agenda peribadi. Tetapi kalau ya pun, layan’kan sekejap peminat yang bersesak untuk mengambil gambar & bersua muka.

Jangan pula salahkan selera peminat kalau filem atau produk awak gagal terjual di’pasaran selepas ini. Hmm.