fbpx

Gossip: Selebriti Bertemu Bomoh Cuba Untuk Lupakan Bekas Teman Lelaki

Saban hari kami tulis gossip selebriti tanpa nama ini, kami rasakan diri kami seperti penulis tabloid — hari ini libatkan bomoh & gambar kucing yang tiada kena mengena, lagilah.

Sibuk menikmati juadah selepas majlis Anugerah Industri Muzik ke 18 hujung minggu lalu, terpacul satu kisah dari mulut teman yang turut hadir sebagai tetamu.

Al-kisahnya, seorang selebriti bergelar penyanyi & pelakon yang turut sama hadir ke majlis tersebut kini sedang aktif berulang alik dari Kuala Lumpur ke Klang, Selangor.

Selebriti wanita tinggi lampai ini di’katakan mendapatkan khidmat bomoh dalam percubaan untuk melupakan bekas kekasih yang di’cintai bertahun tahun lamanya — termasuk break up berkali kali.

Walaupun selebriti tersebut kini sudah pun mempunyai pengganti yang jauh lebih kacak & bergaya — namun penangan cinta lelaki terdahulu memang hebat kesan’nya. Nampak bahagia di’depan, namun hati siapa tahu.

Kenapa gambar kucing & kurang clue berbanding gossip sebelum ini? Kerana sebelum ini ia’nya mencetuskan perang mini antara mereka yang terlibat. Tidak mahu terbabit sama, biar kami kurangkan pedas gossip kami. Meoww!