Okay. Sebenarnya ada dua versi kisah kandungan Sazzy Falak ini terbit di’internet sejak awal Oktober lalu.

Versi pertama yang keluar pada 4 Oktober lalu melalui Geng Senah yang mendakwa beliau terserempak dengan Sazzy Falak & perbualan mereka tersasar ke hal rumah tangga selebriti ini bersama Nazril Idrus.

Wajah pasangan bahagia yang semakin berseri-seri itu di’dakwa berpunca dari berita baik yang Sazzy Falak kini sedang mengandung — kembar.

Versi terbaru yang di’bawakan oleh KOSMO! hari ini hanya menyatakan secara am kisah kandungan Sazzy Falak ini tanpa menyebut tentang kembar.

Namun, kedua-dua versi ini tidak menyebut berapa lama usia kandungan Sazzy Falak. Tahniah buat pasangan Sazzy Falak & Nazril Idrus jika benar perkhabaran dua sumber ini.